Friday 25 November 2011

MARI ADIK2 KITA MENGENAL HURUF BESAR.....................

HURUF BESAR

JOM ADIK2 KITA MENGENAL HURUF KECIL abc sampai z SAMA-SAMA................

huruf kecil

LATIHAN PENGUKUHAN MEMBACA

Blog 2

TIPS MENGAJAR KVK

Kali ini saya ingin berkongsi cara mengajar murid agar dapat menguasai kemahiran ‘KVK’ dalam tempoh satu minggu.

Sedikit info, setelah mengajar murid menguasai suku kata ‘KV’, guru perlu mengajarkan kemahiran ‘KVK’ pula. ini adalah kesinambungan daripada pengajaran sebelum ini supaya murid akan lebih mudah menguasai kemahiran seterusnya.

Sebelum itu, pastikan murid benar-benar menguasai kemahiran ‘KV’ dari aspek SEBUTAN dan BACAAN teks ‘KV+KV’.

Untuk mengajar kemahiran ‘KVK’, guru mesti ada sekurang-kurangnya bahan bantu mengajar yang berikut :

kad perkataan ‘KVK’
lembaran kerja 1 – memadan gambar dengan perkataan
lembaran kerja 2 – mencari perkataan tersembunyi
barang permainan berunsur pendidikan.

TIPS MENGAJAR :


  1. Pastikan murid telah bersedia
  2. Tunjukkan kad perkataan ‘KVK’ – Bas, Pen, Jam, Gam, Vas, Pam dan lain-lain.
  3. Guru eja dan sebut, kemudian minta murid ikut.
  4. Tunjukkan gambar bagi setiap perkataan yang dieja dan sebut.
  5. Ulang aktiviti sehingga murid faham konsep mengeja dan mengingati apa yang dieja.
  6. Beri murid masa untuk buat aktiviti menguasai kemahiran ini secara kumpulan dan individu.
  7. Soal murid secara rawak. – Tunjuk gambar dan minta murid eja tanpa merujuk pada kad perkataan.
  8. Edarkan lembaran kerja 1 – semak jawapan melalui perbincangan.
  9. Minta murid eja semula perkataan yang dipadankan
  10. Betulkan kesalahan murid jika ada.
  11. Edarkan lembaran kerja 2 – semak jawapan melalui perbincangan.
  12. Minta murid eja semula perkataan yang telah dijumpai dan digarisi.
  13. Betulkan kesalahan murid jika ada.
  14. Berikan murid bermain selama 15 minit dengan permainan yang telah disediakan.
  15. Soal jawab di akhir pengajaran – kukuhkan pemahaman murid dengan meminta murid memberikan contoh lain bagi perkataan ‘KVK’ atau suku kata ‘KVK’.



SUKU KATA KVK




PERKATAAN KVK

Perkataan KVK

PERKATAAN KVKV

ayat perkataan kvkv

Thursday 13 October 2011

Objektif Prasekolah

                       OBJEKTIF

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid :-
 1.                Mempunyai sifat peribadi, pewatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warga                                                  yang patriotik.

2.               Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk
        berkomunikasi.

3.               Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

4.               Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

5.               Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

6.               Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

7.               Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan-amalan kesihatan
        dan keselamatan yang baik.

8.               Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

9.               Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai
        Bahasa Kedua

Peranan & Rasional Prasekolah

PERANAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah berperanan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk
sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

RASIONAL

Pendidikan Prasekolah adalah satu program untuk membantu kanak-kanak daripada
keluarga miskin mendapat pendidikan awal. Oleh yang demikian, pendidikan awal
kanak-kanak yang berkualiti dan terselaras adalah penting bagi perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh dan merupakan salah satu  strategi awal untuk
sumber manusia yang lebih kreatif, berdisiplin dan produktif
untuk mengisi kehendak wawasan 2020.
 
Blog Design by Ammupappa