Friday 25 November 2011

MARI ADIK2 KITA MENGENAL HURUF BESAR.....................

HURUF BESAR

JOM ADIK2 KITA MENGENAL HURUF KECIL abc sampai z SAMA-SAMA................

huruf kecil

LATIHAN PENGUKUHAN MEMBACA

Blog 2

TIPS MENGAJAR KVK

Kali ini saya ingin berkongsi cara mengajar murid agar dapat menguasai kemahiran ‘KVK’ dalam tempoh satu minggu.

Sedikit info, setelah mengajar murid menguasai suku kata ‘KV’, guru perlu mengajarkan kemahiran ‘KVK’ pula. ini adalah kesinambungan daripada pengajaran sebelum ini supaya murid akan lebih mudah menguasai kemahiran seterusnya.

Sebelum itu, pastikan murid benar-benar menguasai kemahiran ‘KV’ dari aspek SEBUTAN dan BACAAN teks ‘KV+KV’.

Untuk mengajar kemahiran ‘KVK’, guru mesti ada sekurang-kurangnya bahan bantu mengajar yang berikut :

kad perkataan ‘KVK’
lembaran kerja 1 – memadan gambar dengan perkataan
lembaran kerja 2 – mencari perkataan tersembunyi
barang permainan berunsur pendidikan.

TIPS MENGAJAR :


  1. Pastikan murid telah bersedia
  2. Tunjukkan kad perkataan ‘KVK’ – Bas, Pen, Jam, Gam, Vas, Pam dan lain-lain.
  3. Guru eja dan sebut, kemudian minta murid ikut.
  4. Tunjukkan gambar bagi setiap perkataan yang dieja dan sebut.
  5. Ulang aktiviti sehingga murid faham konsep mengeja dan mengingati apa yang dieja.
  6. Beri murid masa untuk buat aktiviti menguasai kemahiran ini secara kumpulan dan individu.
  7. Soal murid secara rawak. – Tunjuk gambar dan minta murid eja tanpa merujuk pada kad perkataan.
  8. Edarkan lembaran kerja 1 – semak jawapan melalui perbincangan.
  9. Minta murid eja semula perkataan yang dipadankan
  10. Betulkan kesalahan murid jika ada.
  11. Edarkan lembaran kerja 2 – semak jawapan melalui perbincangan.
  12. Minta murid eja semula perkataan yang telah dijumpai dan digarisi.
  13. Betulkan kesalahan murid jika ada.
  14. Berikan murid bermain selama 15 minit dengan permainan yang telah disediakan.
  15. Soal jawab di akhir pengajaran – kukuhkan pemahaman murid dengan meminta murid memberikan contoh lain bagi perkataan ‘KVK’ atau suku kata ‘KVK’.



SUKU KATA KVK




PERKATAAN KVK

Perkataan KVK

PERKATAAN KVKV

ayat perkataan kvkv
 
Blog Design by Ammupappa